Selasa, 21 Mei 2013

Rempeyek Che Dah



Rempeyek Che Dah merupakan laman yang memberi maklumat berkaitan dengan produk makanan ringan yang dijual melalui maya.

Rempeyek ialah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti kacang, ikan bilis, dan sebagainya.

Rempeyek biasanya digoreng tipis-tipis di dalam minyak yang panas, dengan bentuknya mirip sekali dengan keropok. Makanan ringan ini dapat ditemukan di gerai makan, pasar, ataupun pasar raya

Resepi: Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis
 
Bahan-bahan:
1 kampit tepung beras
1 kg kacang tanah (biasanya bonda kurangkan) - bilas dan goreng - toskan (jika suka boleh tumbuk seketika supaya pecah kasar)
1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (bonda ambil lebih sebab akan bonda tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)
1 mangkuk ikan bilis  - dibersihkan dan dibelah 2
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 genggam ketumbar biji - tumbuk kasar
1/2 genggam jintan putih - tumbuk kasar
1 genggam jintan manis - tumbuk kasar
sedikit serbuk kunyit - (tak bubuh pun tak apa)
1 sudu teh kapur - bancuh dengan sedikit air
1 biji telur
garam dan perasa pilihan secukupnya
minyak

Cara:
1. Bancuh tepung beras bersama kesemua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
3. Ambil satu senduk adunan, dan tambahkan beberapa biji kacang tanah serta ikan bilis ke dalamnya.
4. Tuangkan secara memanjang di tepi kuali yang tidak terkena minyak, dan bahan adunan akan mengalir ke dalam minyak panas. Ulangi sehingga memenuhi bahagian tepi kuali.
5. Gunakan sudip untuk menyimbahkan perlahan-lahan minyak panas ke atas rempeyek yang melekat di tepi kuali supaya masak dan tanggal sendiri.
6. Apabila semua rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
7. Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.